Seorang remaja lelaki lemas berhampiran surau Kampung Parit, Ibrahim, Jalan Parit Shafie, Muar, Johor baru-baru ini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Johar Tumin berkata, kejadian lemas itu berlaku ketika mangsa dipercayai sedang mandi di kawasan tersebut dan mangsa merupakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahum.
“Setibanya kami di lokasi kejadian, pihak Bomba telah membuat pencarian di bahagian dasar dan telah menjumpai mangsa yang lemas pada kedalaman 3 meter dengan jarak 2 meter dari tebing mangsa dilaporkan lemas.
“Susulan itu, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya dibawa ke hospital bagi tujuan untuk bedah siasat dengan menaiki kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan.
Seramai 9 orang anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) telah ditugaskan dengan satu jentera FRT dan 1 kenderaan unit EMRS digunakan dalam operasi tersebut.
Baca juga: