Gagal patuh sistem kerja selamat, syarikat pembuat kerja didenda RM27,000

Sebuah syarikat pembuat kertas di Selangor didenda sebanyak RM27,000 atas kegagalan mengadakan sistem kerja selamat dalam pengendalian kerja hingga menyebabkan kemalangan maut.

Menerusi kenyataan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor, pengarah syarikat UPP Pulp and Paper Sdn Bhd mengaku bersalah atas dua pertuduhan pengendalian kerja yang gagal tersebut.

“Pertuduhan pertama ialah kegagalan dalam mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja-kerja mengangkat bahan mentah iaitu tepung ubi kayu dalam beg jumbo menggunakan trak angkat susun hingga menyebabkan kemalangan maut.

“Pertuduhan kedua pula ialah majikan gagal memberitahu pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang terdekat dengan serta-merta mengenai kemalangan maut berkenaan,” katamya.

Pecahan denda mengikut kesalahan masing-masing berjumlah RM25,000 dan RM2,000 mengikut pertuduhan pertama dibawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan pertuduhan kedua dibawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pada 25 April 2022, berlaku kemalangan maut di hadapan bangunan tangki pengadun bahan kimia kilang syarikat berkenaan yang terletak di Batang Berjuntai, Kuala Selangor, Selangor.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat