Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus meningkatkan kerjasama dengan pihak antarabangsa dan serantau dalam memerangi masalah dadah di dunia selaras dengan perjanjian antarabangsa dan serantau serta Pelan Strategik Anti Dadah Malaysia 2021-2025.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia akan terus mengukuhkan kerjasama dengan negara lain dan organisasi antarabangsa untuk mengekang pengilangan, pengeluaran dan pengedaran dadah terlarang.
“Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta dasar-dasar berkaitan permasalahan dadah di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan ketika mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Dadah Narkotik di Vienna, Austria pada Khamis.
Tambah Saifudin, usaha itu akan terus diperkukuhkan untuk mencegah jenayah berkaitan dadah terus berleluasa.
“Malaysia akan terus mengukuhkan kerjasama dengan negara lain dan organisasi antarabangsa untuk mengekang pengilangan, pengeluaran dan pengedaran dadah terlarang.
“Selain memudahkan pertukaran maklumat, kepakaran dan amalan terbaik untuk meningkatkan usaha kolektif untuk mencegah jenayah berkaitan dadah,” katanya dalam mesyuarat tersebut.
Tambah beliau, Malaysia akan terus memperluaskan kerjasama dua hala, khususnya dengan negara jiran terdekat dan mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif serantau dan antarabangsa untuk menangani isu dadah terlarang.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Haji Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam.
Baca juga: