Pasangan warga asing ditangkap melakukan hubungan seks berhampiran pintu masuk pusat beli-belah

Penduduk tempatan menggesa polis menyiasat video tular yang menunjukkan pasangan asing melakukan hubungan seks di khalayak ramai berhampiran pintu masuk pusat beli-belah Terminal 21 di Pattaya.

Menurut seorang pengguna Facebook, Denis Krungtep, berkongsi video itu di akaun miliknya dengan kapsyen yang berbunyi, “Pattaya lagi?” pada 13 Mac.

Video tular berdurasi 25 saat itu dirakam dari seberang pusat beli-belah memaparkan pasangan berkenaan sedang melakukan aktiviti seksual di tangga pintu masuk ke pusat beli-belah Terminal 21.

Krungtep berkata kejadian itu berkemungkinan berlaku pada lewat kerana pintu masuk pusat beli-belah telah tutup, papan tandanya gelap dan tiada kenderaan lalu lalang semasa kejadian.

“Oh, ini sangat keterlaluan. Jom balik hotel! Adakah ini benar?,” luahan Krungtep dalam video tersebut.

Sementara itu, waktu sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti manakala penduduk tempatan menyifatkan kejadian itu tidak menghormati dan menuntut siasatan segera oleh pihak berkuasa berkaitan.

Terdahulu, kejadian yang hampir sama berlaku di Phuket di mana seorang saksi Thailand mendedahkan tindakan tidak wajar pasangan asing dengan berkongsi video seks mereka di media sosial pada Februari lalu.

Difahamkan, penduduk di kawasan itu juga melaporkan kepada media bahawa ini bukanlah kejadian pertama pasangan yang terlibat dalam perbuatan eksplisit di wilayah itu di mana sebelum ini sepasang warga asing dilaporkan melakukan hubungan seks di dalam bilik hotel di tingkat dua dengan membiarkan tingkap terbuka, membolehkan orang yang lalu lalang melihat kegiatan mereka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat