Syarikat pengeluar produk kecantikan membuat tindakan mengaburkan wajah pelakon yang kini terpalit dengan kontroversi, Ruhainies dalam iklan mempromosikan produk berkenaan.
Menerusi kenyataan rasmi syarikat berkenaan, Kitsui dengan tegas menyatakan bahawa pihak mereka tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi.
Katanya, penggambaran iklan produk berkenaan telah dilakukan pada bulan Oktober tahun lalu.
“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakon tersebut, Kitsui berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023,” kata kenyataan tersebut di Instagram.
Selain Ruhainies, dua lagi artis terlibat turut dalam penggambaran iklan tersebut namun wajah mereka tidak dikaburkan, iaitu Wany Hasrita dan Hisyam Hamid.
Dalam pada itu, Kitsui turut mengumumkan hasrat untuk menginfaqkan sebahagian keuntungan mereka kepada pihak-pihak yang memerlukan, terutamanya rumah anak-anak yatim bersempena bulan Ramadan.
Baru-baru ini, media melaporkan Ruhainies ditangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz oleh Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Susulan itu, Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada 13 Mac lalu.
Baca juga: