Sebuah kediaman mengalami kebakaran pada bahagian dapur tengah malam Isnin di Jalan Tan Sri Ewe Lim, Batu Lanchang, Jelutong, Pulau Pinang.
Menurut Komander Operasi, PBK II Sha’ari Mansor, kebakaran tersebut hanya melibatkan bahagian dapur rumah berkenaan yang berkeluasan kira-kira 3 meter x 3.6 meter.
“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadan api sebelum ketibaan pihak bomba/
“Dianggarkan kediaman tersebut mengalami sebanyak 15 peratus,” katanya dalam kenyataan.
Sha’ari turut menyatakan bahawa tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Operasi berkenaan melibatkan 10 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bersama jentera LFRT dan ALP.
Baca juga: