Seorang YouTuber India, Elvish Yadav ditangkap kerana dipercayai membekal racun ular untuk digunakan sebagai dadah ketika mengadakan pesta.
Pempengaruh yang memiliki 15 juta langganan di YouTube itu ditahan di bawah Akta Hidupan Liar.
Menurut laporan media tempatan, NDTV, parti tersebut diadakan pada November ketika pihak berkuasa mengadakan serbuan.
Susulan kejadian itu, polis mengadakan siasatan dan menyoal lima orang kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan ular.
Menurut jurucakap polis, Yadav yang bertindak sebagai penganjur parti telah bertindak sebagai pembekal racun ular.
“Yadav bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan dia bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan polis,” katanya.
Dianggarkan sebanyak sembilan ekor ular termasuk ular tedung ditemui daripada parti itu dengan 20 milimeter (ml) racun ular.
Difahamkan kejadian itu terbongkar selepas Pertubuhan Kebajikan Haiwan (People For Animals) membuat aduan mendakwa Yadav merakam video bersama ular dan racun ular.
Baca juga: