59 majikan ditahan atas kesalahan lindungi pekerja asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan seramai 59 majikan sepanjang operasi yang dijalankan sejak 2023 kerana kesalahan membabitkan pekerja asing.

Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, kebanyakkan mereka sudah selesai menjalanai proses pendakwaan membabitkan denda keseluruhan sebanyak RM1.31 juta.

“Bagi tahun 2023, seramai 59 majikan ditahan dan boleh dikatakan semua sudah didakwa, manakala, bagi tahun ini sehingga Februari lalu, seramai dua majikan ditahan masing-masing di Seremban.

“Berdasarkan rekod, tangkapan terhadap majikan menunjukkan peningkatan seperti pada 2021 hanya 17 majikan dan melonjak 51 majikan pada 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan majikan adalah melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), mengambil pekerja asing tanpa permit sah dan membenarkan PATI tinggal di premis syarikat.

“Namun, setiap kali operasi dilaksanakan, daerah Seremban termasuk kawasan Nilai merekodkan jumlah tangkapan paling ramai.

“Daripada 1,773 PATI yang ditahan pada 2023, 1,341 daripadanya ditahan di Seremban termasuk 525 di sekitar kawasan Nilai. Ia membabitkan 699 operasi yang dilaksanakan di seluruh negeri ini dan dalam tempoh itu, seramai 7,852 warga asing diperiksa,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, seramai 477 PATI telah ditahan dan 416 daripadanya ditahan di Seremban hasil 155 operasi dilaksanakan membabitkan pemeriksaan seramai 3,138 warga asing.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat