Pelakon Donny Kesuma menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun akibat mengalami komplikasi jantung.
Berita duka itu secara tidak langsung mengundang kesedihan dalam kalangan rakan artis.
Salah seorang artis berkenaan ialah Baim Wong yang mengakui berasa kehilangan atas pemergian aktor berkenaan.
“Semoga semua amal ibadahnya diterima dan dihapuskan segala dosa-dosanya,” katanya.
Sementara itu, aktor Teuku Wisnu turut menzahirkan kehilangan atas kehilangan rakan artisnya pergi menghadap Illahi pada bulan Ramadan.
“Selamat jalan mas (abang) Donny Kesuma,” katanya.
Tidak terkecuali, bintang terkenal yang bakal membuat persembahan di Malaysia menerusi konsert Ada Apa dengan Melly & Friends?, Melly Goeslow, berkongsi kesedihan atas pemergian Donny.
“Selamat jalan sahabat baikku, Donny orang baik, sangat aktif dengan pertubuhan artis seniman Sunda, seoragn sahabat yang selalu meringankan langkahnya untuk membantu temannya.
“Dia banyak membantu banyak orang, kami sangat kehilangan,” kata Melly.
Untuk info, Donny Kesuma aktif sebagai pelakon sekitar tahun 1990-an dan telah membintangi beberapa buah filem antaranya Doea Idiot Brother, Why Do You Love Me dan Mohon Doa Restu.
Beliau juga telah membintangi puluhan drama rantaian bertajuk Habibi dan Habibah; Hidayah, Aku Hanya Ingin Dicintai dan Rajawali.
Baca juga: