MCMC optimis kaedah tangani isu amang seksual kanak-kanak dalam talian

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perbincangan mengenai usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Sesi perbincangan diketuai Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez, membincangkan mengenai statistik kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif di antara MCMC, PDRM dan NGO.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima kunjungan daripada Yayasan Chow Kit (YCK) serta lebih 10 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membincangkan tentang isu amang seksual.

“Pengantunan seksual dalam talian serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya pada Rabu,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu, terdapat juga wakil daripada ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti Cyberjaya, National Early Childhood Intervention Council (NECIC), Make It Right Movement serta Johore Women’s League (JEWEL).

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Datuk Wei Chuan Beng; Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin; wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak, Superintenden Hirdawati Isa; Pengasas YCK, Datuk Hartini Zainudin serta Pengarah Eksekutif Childline Foundation, Datin PH Wong.

Baca juga: