Kejadian rumah terbakar telah berlaku dan dipercayai melibatkan dua orang mangsa melibatkan orang kelainan upaya (OKU) mengalami kecederaan di Taman Pelangi Indah, Mantin, Negeri Sembilan pada Khamis.
Menurut Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II Lias Amat, selaku Komander Operasi Kanan, kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat Kelas A.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah rumah teres dua tingkat telah terbakar sehingga mengakibatkan 40 peratus dari keseluruhan rumah itu musnah.
“Selain itu, terdapat dua orang mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) terperangkap di dalam rumah dan berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba.
“Mangsa mengalami kecederaan melecur dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindkan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Bantuan seramai lapan orang anggota Bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mantin terus bergegas ke lokasi kebakaran bersama satu unit jentera FRT dan sebuah Hillux sejurus menerima panggilan kecemasan.
Sementara itu, kerja-kerja pemadaman berjaya sepenuhnya pada 12.20 tengah malam.
Baca juga: