Skuad Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan bangga mengumumkan pemain penyerang, Sony Nordé yang berasal dari Haiti menjadi ‘senjata rahsia’ baharu pasukan hijau kuning itu.
Nordé yang sebelum ini pernah menyertai pasukan Melaka United FC dan Terengganu FC.
Nordé yang terkenal dengan gerakan lincah saat menghasilkan gol dengan rembatan padu saat menewaskan lawan.
Pemain berusia 34 tahun itu memilih untuk menyertai skuad Sang Kenari pada musim 2024/25 memandangkan pasukan terbabit sudah lama ‘mengintai’ untuk mendapatkan khidmatnya sejak musim lalu.
“Kehadiran Sony bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari dengan rangkaian pemain berpengalaman terdiri daripada Syafiq Ahmad dan Sukhrob Nurulloev,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.
Untuk info, Nordé mencatat pernah menyertai enam perlawanan dalam Liga AFC dengan kejayaan menjayakan tiga jaringan sementara empat bantuan jaringan.
Difahamkan, Nordé tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada Jumaat bagi memulakan sesi latihan sekali gus bersedia menjadi anak buah Nafuzi Zain.
Baca juga: