Majlis Keselamatan Negara seru pengukuhan perlindungan data peribadi atas talian

Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menyeru orang ramai untuk melindungi maklumat diri yang didedahkan atas talian kerana banyak kecurian credentials melalui perisian hasad jenis infostealer berlaku baru-baru ini.

Menerusi kenyataan, NACSA menyatakan bahawa credentials yang dimaksudkan termasuk nama pengguna dan kata laluan dari peranti pengguna yang telah dijangkiti perisian infostealer berkenaan.

Perkara ini khusus difokuskan kepada laman sesawang dan sistem milik organisasi kerajaan dan swasta dalam negara yang berprofil tinggi untuk digodam pelaku.

NACSA juga telah mengeluarkan dua khidmat nasihat dan amaran pada bulan lalu yang menggariskan langkah berjaga-jaga buat organisasi kerajaan dan swasta dan sentiasa bersedia dalam meningkatkan tahap keselamatan dalam melindungi aset-aset dalam talian organisasi berkenaan.

“Antara penyelesaian jangka pendek ialah pemasangan perisian anti-virus yang sah kepada peranti dan menukar kata laluan kepada kombinasi yang lebih kukuh agar tidak mudah diceroboh.

“Selain itu, sesetengah aplikasi juga perlu memperkenalkan fitur Pengesahan Pelbagai Factor (Multi-Factor Authentication) untuk mengekang kebocoran kata laluan untuk membantutkan cubaan capaian akaun secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Rang Undang-Undang Keselamatan Siber juga akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat untuk menaik taraf aspek keselamatan siber dalam negara.

Baca juga: