Puteri Wales, Kate Middleton mengumumkan dirinya telah disahkan menghidap dengan kanser dan kini berada di peringkat awal proses rawatan kemoterapi.
Dalam satu mesej video yang dikeluarkan pada Jumaat, Kate berkata, dia menjalani pembedahan usus pada 14 Januari dan menganggap itu sebagai satu ujian besar buat dirinya.
Puteri berusia 42 itu turut mengatakan perkara itu sebagai satu kejutan besar buat dirinya sekeluarga.
Jelasnya, Putera William bersama ahli keluarga yang lain juga berusaha untuk menjaga perkara secara peribadi dan tidak memperbesarkannya kepada umum.
Perkara itu dibuat demi memastikan tahap emosi dan mental ahli keluarga lain terutama ketiga-tiga anak mereka.
“Saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh; dalam fikiran, fizikal dan semangat saya.
“Mempunyai William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang hebat. Begitu juga kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang telah ditunjukkan oleh ramai di antara anda. Ia sangat bermakna bagi kami berdua,” katanya menerusi video tersebut.
Berdasarkan pemeriksaan kesihatan, beliau disahkan menghidap kanser ketika membuat ujian pada 16 Januari sebelum memeulakan rawatan pada akhir Februari.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, secara peribadi, atas semua mesej sokongan yang indah dan atas pemahaman anda semasa saya telah pulih daripada pembedahan.
“Ia adalah beberapa bulan yang sangat sukar untuk seluruh keluarga kami, tetapi saya mempunyai pasukan perubatan yang hebat yang telah menjaga saya dengan baik, yang mana saya amat bersyukur,” jelasnya.
Baca juga: