Kematian yang dicemburui, imam masjid rebah ketika solat subuh

Seorang imam di Masjid Kampung Sermin, Segamat, dilaporkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh, pada Jumaat.

Difahamkan Allahyarham rebah pada rakaat pertama solat Subuh selepas sempat membaca 3 ayat pertama Surah Sajadah.

Bagaimanapun pihak polis mengesahkan kematian Allahyarham adalah disebabkan kegagalan fungsi jantung.

Ketua polis Segamat, Supt. Ahmad Zamry berkata, pihak polis menerima laporan berikutan kejadian daripada pihak hospital Segamat pada Jumaat pukul 7.55 pagi.

“Pihak Hospital Segamat mengesahkan kematian seorang lelaki tempatan berusia 60an.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa rebah dan terhantuk pada kayu mimbar ketika sedang mengimamkan solat subuh di masjid berkenaan,” katanya.

Tambahnya hasil bedah siasat mendapati, kegagalan fungsi organ jantung adalah punca kejadian.

Menurut Ahmad Zamry, kes selesai tanpa ada sebarang unsur jenayah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat