Program MySaveFood Ramadan elak pembaziran makanan

Hampir 18 tan makanan terbuang akibat pembaziran lebihan makanan di seluruh Malaysia. Situasi itu menyebabkan pencemaran alam sekitar apatah lagi di saat ramai golongan yang kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan.

Bagi membendung hal tersebut, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan program MySaveFood bertujuan untuk mengelakkan pembaziran makanan terutamanya ketika bulan Ramadan.

Dalam satu kenyataan, program tersebut turut dijayakan bersama Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kaunter My SaveFood pada 26 hingga 27 Mac, bermula pada pukul 5.30 hingga 7.30 petang di Bazar Ramadan MPAJ, Bandar Baru Ampang,” katanya.

Selain itu, program tersebut adalah salah satu inisiatif pihak MPAJ untuk mencegah pembaziran makanan akibat daripada lebihan makanan yang tidak terjual dari pihak bazar Ramadan.

Kesemua makanan yang diterima akan diperiksa dan makanan yang masih elok akan disumbangkan kepada para asnaf serta makanan yang telah rosak akan dihantar untuk diproses menjadi baja.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat