Seramai 70 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang baru-baru ini.
Kesemua PATI terdiri daripada 36 orang lelaki dan 34 orang perempuan dihantar pulang menggunakan perkhidmatan feri Indomal Fast Ferry dari Kompleks ICQS, Melaka ke Pelabuhan Dumai Indonesia.
Dalam masa yang sama, kesemua yang ditahan dari Depot Imigresen Kemayan, Bera telah selesai menjalani hukuman setelah melakukan pelbagai kesalahan.
Kesalahan yang dilakukan dirujuk di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Justeru itu, program pemindahan PATI yang dikendalikan oleh Depot Imigresen Kemayan itu merupakan sebahagian dari aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh JIM Negeri Pahang.