Didakwa gagal jalankan tugas dengan baik, Hans Isaac diminta lepaskan jawatan Pengerusi PSM

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berada dalam tahap tidak memuaskan sering menjadi perkara dibahas selain dilihat tidak berkesudahan.

Susulan itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dia menggesa agar Datuk Hans Isaac selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu melepaskan jawatan tersebut.

Katanya, kesan buruk yang berlaku itu secara tidak langsung akan memberikan kepada banyak pihak.

“Dia (Hans Isaac) tidak menjalankan tugas dengan baik untuk negara, selain melibatkan imej serta profesionalisme terhadap aset stadium negara kita.

“Ini akan mengakibatkan kesan buruk kepada pasukan, termaksuk rakyat dan bayaran cukai negara memandangkan kejadian padanga SNBJ yang rosak pada kali ini sudah berkali kali ketiga” katanya pada Sidang Media Parlimen pada Selasa.

Sebelum ini heboh mengatakan padang SNBJ mengalami kerosakan selepas penganjuran konsert bintang antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Februari lalu.

Malah perkara sama turut berlaku ketika persembahan konsert Coldplay pada November 2023 sehingga mengakibatkan padang rumput baharu jenis Zeon Zoysia rosak.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat