Sebuah syarikat firma lif dan kontraktor penyelenggaraan lif telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Seksyen Jenayah 2, Georgetown, Pulau Pinang pada Selasa.
Hukuman itu dijatuhkan selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1944 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Menurut kenyataan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang, kesalahan di bawah akta terbabit memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi satu atau dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Hakim Tuan Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM40,000 kepada syarikat Gene Engineering (M) Sdn. Bhd dan RM41,000 kepada syarikat Firma Lif SML Engineering Sdn. Bhd.
“Kedua-dua syarikat ini mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan hakim,” katanya.
Siasatan terhadap kes ini pula telah dijalankan oleh pegawai penyiasat dari JKKP Pulau Pinang.
Tambah JKKP Pulau Pinang, adalah diharapkan kes ini dapat memberi pengajaran kepada semua majikan agar mematuhi undang-undang segaligus mengambil berat keselamatan pekerja.
Baca juga: