Termometer pecah di makmal sekolah di Labuan

Pihak bomba Labuan terus ke lokasi di mana berlaku kejadian termometer pecah di makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai pada Selasa.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, panggilan diterima pihaknya sekitar pukul 8.21 pagi.

Menurut kenyataan, kejadian itu berlaku di dalam makmal semasa pembelajaran sedang dijalankan melibatkan seorang pelajar perempuan.

“Bomba bertindak menggunakan konsep receo, bertindak mengambil termometer tersebut dan dilupuskan ke tempat yang selamat.

“Turut terlibat dua anggota pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan nyah cemar di lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa dilaporkan stabil dan tidak memiliki sebarang kecederaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat