Thailand keluarkan amaran cuaca buruk di 27 wilayah

Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) mengeluarkan amaran cuaca buruk ke atas 27 wilayah di negara Gajah Putih itu.

Diramalkan ribut petir dan hujan lebat bakal melanda sehingga meliputi di hampir 40 peratus kawasan.

Perubahan cuaca disebabkan peralihan monsun juga mengakibatkan peningkatan suhu sehingga mencecah 40 darjah celsius pada 1 April.

Sementara itu, bahagian Timur negara kekal pada tahap sederhana, namun dinyatakan kemungkinan akan berlaku angin kencang.

Memetik laporan media tempatan, The Thaiger, cuaca panas dengan ribut petir dijangka berlaku di 40 peratus bahagian wilayah Timur terutamanya di Nakhon Nayok, Prachinburi, Sa Kaeo, Chachoengsao, Chon Buri, Rayong, Chanthaburi dan Trat.

Wilayah Selatan (Pantai Timur) iaitu Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Chumphon dan Nakhon Si Thammarat pula diramalkan akan berlaku ribut petir dengan kadar suhu minimum 24 darjah celsius.

Bagi bahagian pantai barat Selatan, keadaan sama dijangkakan berkemungkinan berlaku terutamanya di Ranong, Phang Nga dan Phuket termasuk Bangkok.

Susulan itu, TMD menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam keadaan cuaca panas melampau termasuk kawasan yang dikhuatiri dilanda ribut petir.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat