Dikatakan memukul dan mengasari isteri secara seksual, polis tahan guru di Pasir Gudang

Seorang penjawat awam ditahan kerana dipercayai mengasari isterinya secara seksual di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Sohaimi Ishak, pihaknya telah mengesan beberapa gambar telah tular di media sosial.

“Semakan mendapati, hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis bertarikh pada 11 Januari 2024 dan pengadu merupakan seorang wanita.

“Kejadian berlaku pada Ogos 2023 pada pukul 11.00 malam dan mangsa mendakwa dipukul dan dikasari secara seksual oleh suaminya di Taman Scientex, Pasir Gudang.

“Namun, suspek telah ditahan pada 13 Januari lalu dan direman selama tujuh hari. Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat sementara menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung siasatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua puluh tahun jika disabit kesalahan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat