Rumah bintang rap terkenal antara Sean Diddy di Los Angeles dan Miami Amerika Syarikat telah digeledah oleh pihak berkuasa kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran.
Difahamkan, Biro Penyiasatan Keamanan Dalam Negeri (HSI) telah melakukan penggeledahan itu selepas mendapat laporan mengenai perkara itu.
“HSI New York melaksanakan tindakan undang-undang sebagai sebahagian penyelidikan dengan bantuan HSI Los Angeles, HSI Miami,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, menurut NBC News terdapat tiga wanita dan seorang lelaki telah disiasat oleh ejen persekutuan di Manhattan.
Dalam pada itu, menurut sumber, terdapat tiga pemeriksaan dilakukan berhubung dengan tuduhan perdagangan seks, kekerasan seksual, penyalahgunaan dadah dan senjata api.
Berdasarkan rakaman video yang diambil daripada sebuah helikopter, jelas memperlihatkan kediaman penyanyi terbabit sedang didatangi oleh pihak berkuasa termasuk melihat kemunculan dua anaknya dipercayai Justin dan King Combs.
Sebelum itu, Diddy telah diugut oleh bekas kekasih, Cassie dengan tuduhan serangan seksual dan kekerasan selama hampir 10 tahun.
Diddy bagaimanapun sebelum ini dikatakan terlibat dengan jenayah rogol berkumpulan dengan penyanyi, Aaron Hall bersama beberapa kenalan lain sektiar 1990 dan 1991.
Baca juga: