Seekor buaya telah dijumpai dalam bekas tapak kilang membuat air berkarbonat, Coca-Cola di Florida, Amerika Syarikat telah menjalani diet untuk menurunkan sebahagian beratnya iaitu lebih 181 kilogram (kg).
Sehubungan itu, haiwan reptilia berukuran 5.7 meter panjang itu dipindahkan dari kawasan bekas kilang tersebut yang terletak di Temple Terrace setelah penduduk kawasan tersebut mula berasa bimbang.
Dalam pada itu, kebimbangan yang timbul dikalangan jiran kawasan tersebut adalah kerana pagar yang rosak di sekitar kolam tahanan boleh menyebabkan buaya tersebut terlepas dan berkeliaran boleh mendatangkan bahaya buat penduduk.
Selain itu, buaya itu telah dibawa ke Crocs Encounters dan doktor haiwan yang bertugas ketika itu memutuskan untuk meletakkan reptilia lebih 400 paun dalam diet penurunan berat badan.
Memetik laporan media antarabangsa, UPI, jiran yang tinggal berhampiran kilang itu juga turut memberi makan kepada buaya tersebut sehingga memberikan nama Coca-Cola.
Dalam masa sama, buaya itu turut disajikan dengan daging sebagai makan tengahari oleh penduduk berdekatan.
Baca juga: