Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes samun di Johor

Polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang terlibat dengan kejadian samun di kawasan pentadbiran Balai Polis Layang-Layang, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh, suspek yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan dua rekod narkotik.

“Keputusan dari ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda,” katanya.

Tambahnya pihak polis juga merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 pada Rabu kira-kira pukul 4.30 petang.

Bahrin turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berikutan kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat