‘Saya tidak curi…’ – Farez Adnan tepis dakwaan ‘rembat’ lagu raya Aliff Syukri

Penyanyi, Farez Adnan menafikan dakwaan mengataakan dirinya telah ‘mencuri’ lagu raya milik usahawan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bertajuk Chu Kuca Raya 2024.

Katanya dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, lagu tersebut telah ditolak oleh usahawan terbabit, sebelum diberikan kepadanya.

“Saya tidak mencuri lagu tersebut kerana lagu ini diberi kepada saya setelah ia ditolak oleh Datuk Aliff,” tegasnya menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Lagu tersebut pada awalnya ditulis untuk nyanyian Datuk Aliff, sudah tentu nafas dan konsep lagu tersebut seiring dengan dirinya.

“Namun, setelah beliau menolak lagu berkenaan dan diberi kepada saya, konsep tersebut akan tetap dikekalkan, tetapi saya sudah olah untuk menunjukkan konsep yang dibawa oleh saya,” katanya dalam video berkenaan.

Tambahnya lagi, Farez berkata sekiranya Aliff Syukri masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, dia terbuka untuk berjumpa dan menyelesaikan perkara ini atau membawanya ke muka pengadilan.

“Saya tidak teragak-agak untuk hantar surat guaman, senang cerita,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Aliff hangat dipertakan apabila dia mencetuskan kontroversi tarikan bersama sekumpulan lelaki perwatakan wanita menerusi lagu raya Kelepok Raya dan Chu Ku Chuk Raya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat