Pelaksanaan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April 2024.
Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan berkata, insiatif itu adalah sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam pada itu, pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat, jelasnya.
“Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 iaitu pada Selasa.
“Melalui inisiatif ini Kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta.
“Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol Kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang melibatkan lokasi kesesakan kritikal untuk menambah kapasiti dan melancarkan aliran trafik.
“Bilangan ini termasuk 3 lokasi baharu berbanding 15 lokasi yang dilaksanakan Smart Lane semasa perayaan Tahun Baru Cina pada Februari lalu.
“Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlu dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” ujarnya.
KKR turut menyeru semua pengguna jalan raya untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan
baki kad Touch ‘n Go serta Wallet adalah mencukupi.
Baca juga: