3 ‘samseng jalanan’ ditahan di Iskandar Puteri

Seramai tiga individu didakwa menunggang motosikal secara berbahaya dalam Operasi Samseng Jalan yang dilaksanakan oleh Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu di sekitar kawasan Lebuh Ismail Sultan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, tangkapan melibatkan dua orang lelaki warganegara tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia.

“Pihak polis turut menyita 15 buah motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tiga buah motosikal dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penangkapan tiga individu tersebut pula adalah mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Ibrahim berkat, operasi tersebut dijalankan selepas menerima aduan dan maklumat dari orang awam mengenai aktiviti lumba haram yang berlaku di kawasan berkenaan terutamanya setiap hujung minggu.

Ibrahim turut menambah, aktiviti ‘Samseng Jalanan’ ini melibatkan kumpulan bermotosikal yang sering mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Ibrahim mengatakan operasi sebegini akan diteruskan pada setiap minggu dan turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk terus mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menjadi ‘samseng jalanan’.

Baca juga: