Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peasanan kepada rakyat untuk meningkatkan iman dan amal pada bulan Ramadan untuk mengekalkan disiplin dan integriti diri sepanjang bulan suci ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa MADANI di pekarangan Masjid Al-Muttaqin di Kota Samarahan, Sarawak di samping memuji perpaduan hidup di Sarawak yang wajar diteladani.
“Kita perlu teladani hidup di Sarawak meskipun berbeza kaum, agama dan budaya dan sebarang isu dan perbezaan diurus dengan hikmah, ihsan dan kasih sayang tanpa melibatkan keganasana.
“Keamanan dan kestabilan politik di Sarawak, di samping barisan pimpinan yang menggunakan kedudukan dan kuasa untuk rakyat, telah membolehkan hubungan erat terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan.
Anwar turut berkata hubungan baik sebegini membolehkan mereka mewujudkan kerjasama luar biasa, dimana buat julung kalinya Kerajaan Persekutuan dapat menyerahkan tanggungjawab dan kepercayaan penuh buat Kerajaan Negeri untuk memulakan projek pembangunan tertentu.
“Kerjasama ini membolehkan pembinaan infrastruktur seperti sekolah dan klinik, khususnya di luar bandar dan pedalaman dibangunkan dengan lebih pantas dan kos lebih rendah berbanding kaedah biasa,” tambahnya.
Anwar telah mengunjungi Majlis Berbuka Puasa MADANI di Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu yang dikunjungi lebih 2,000 masyarakat sekitar kawasan berkenaan.
Baca juga: