Harga ayam, telur masih rendah bukti kerajaan MADANI tetap prihatin nasib rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan faham dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat yang membabitkan kos sara hidup adalah tidak benar sama sekali.

Anwar berkata, harga barangan keperluan masih rendah jika mahu dibandingkan dengan kerajaan terdahulu seperti ayam, telur dan minyak masak.

“Saya bagi contoh umpamanya pada tahun 2021 sebelum pertukaran kerajaan, berapa harga ayam? Sampai RM13 sekilogram, sekarang jauh lebih rendah, minyak masak lima kilogram ketika itu mencecah RM45, jadi kawan pembangkang saya bising tetapi dia lupa dan dia ingat kita pun lupa.

“Masa dia jaga, harga minyak masak untuk lima kg RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam, dahulu heboh tidak ada telur, sekarang stabil dan kita sudah guna penyelarasan subsidi, bayangkan harga ayam turun ketimbang dua tahun lalu tanpa bantuan siling,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata, biarpun isu beras masih lagi berdepan sedikit masalah terutama beras tempatan, namun ketegasan kerajaan serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyaksikan penurunan harga beras import antara RM2 hingga RM3.

Demikian yang dikatakan oleh beliau pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini.

Baca juga: