Dua lelaki maut dalam nahas kemalangan melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah pada Ahad.
Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang lori manakala pemandu treler dinyatakan cedera.
Komander Operasi, PBK II, Mohd Najib berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.25 tengah hari.
“Enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muazdam Shah bergegas ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.
“Ketika tiba di lokasi mendapati, dua mangsa meninggal dunia dan salah seorang tersepit dalam lori.
“Pemandu treler yang cedera telah dihantar ke hospital sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya.
Tambahnya, operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan menyelamat dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Baca juga: