Pemandu maut dalam nahas kemalangan di Tangkak

Seorang pemandu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di jalan Sengkang Bukit Gambir, Tangkak, Johor pada Ahad.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis perodua viva dalam perjalanan ke Bukit Gambir tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Lexus RX 350 yang sedang masuk simpang di sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan itu berlaku kerana jarak yang terlalu dekat dengan pemandu kereta perodua viva tidak sempat mengelak sebelum melanggar kereta Lexus yang sedang masuk simpang.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa yang merupakan pemandu kereta viva mengalami kecederaan di bahagian dada dan telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya segera menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat iaitu Inspektor Khairul Azmi di talian 011-1244 5836.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat