Kes demam denggi meningkat dua kali ganda

Pada Minggu Epidemiologi ke-12 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan meningkat kepada 3,041 kes berbanding 2,905 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kumulatif kes demam denggi dilaporkan sehingga minggu berkenaan sebanyak 41,565 kes berbanding 26,222 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

“Terdapat 28 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

“Seterusnya, bilangan lokaliti hotspot yang difahamkan pada Minggu Epidemiologi ke-12 itu sebanyak 141 lokaliti berbanding 161 lokaliti hotspot pada sebelumnya iaitu 118 lokaliti Selangor, 13 lokaliti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, enam lokaliti di Pulau Pinang, dua lokaliti di Perak dan satu lkaliti di Negeri Sembilan dan satu di Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, terdapat empat kes direkodkan akibat kes Chikungunya iaitu sebanyak 568 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

“Musim perayaan menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi.

“Sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dan bercuti, pastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakung air di dalam dalam atau di luar rumah serta menutup semua bekas yang menyimpan air dengan rapat.

“Amalkan langkah-langkah pencegahan gigitan nyamuk dengan memakai pakaian berwarna cerah, menggunakan penghalau nyamuk (repelen) dan menutup anggota badan yang terdedah.

“Nyamuk aktif pada waktu malam terutama pada pukul 5 pagi hingga 8 pagi dan pukul 5 hingga 8 malam. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika” katanya lagi.

Baca juga: