PM salur sumbangan tunai kepada 17 peniaga terjejas kebakaran di Manjoi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga yang terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak, Mac lalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial Facebook miliknya, Anwar berkata, sumbangan itu telah disampaikan oleh setiausaha politiknya Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Saya zahir simpati terhadap nasib peniaga yang menjadi mangsa.

“Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kerugian yang mereka alami, insya-Allah,” ujarnya.

Tambah Anwar, berdasarkan laporan, Mydin telah mengalami kerugian sekitar RM50 juta akibat insiden itu.

Baca juga: