Jaafar Onn meninggal dunia

Selebriti veteran Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada pagi Rabu. 

Pemergian Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 73 tahun itu disahkan oleh rakan selebritinya Haiza Hanafi yang difahamkan diberitahu oleh anak angkat Allahyarham iaitu Hanif. 

Sebelum ini Allahyarham telah dikejarkan ke hospital sama dan dimasukkan ke zon kritikal di wad kecemasan selepas mengalami pendarahan ketika membuang air besar. 

Beliau yang mesra dipanggil papa itu dikatakan mengalami bacaan tekanan darah dan haemoglobin rendah ketika melakukan pemeriksaan di sebuah klinik. 

Untuk rekod, Allahyarham memulakan kerjaya dalam sebagai anak seni sekitar 1970-an sebelum menceburi bidang lakonan pada awal 1990-an.

Antara naskhah yang melonjakkan nama beliau ialah drama Cili Padi, Chef Jo,  filem XX Ray, Suami, Isteri dan ….?, Bintang Hati, Rock, Sifu & Tongga, dan 18 Puasa di Kampong Pisang. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat