Budak 11 tahun bersiar seorang diri ditemui selamat

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui berjalan seorang diri tanpa ditemani penjaga di Jalan Susur 6, Johor Bahru, Johor pada pukul 9.22 pagi hari Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kanak-kanak tersebut dijumpai oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun dan menyerahkannya ke Balai Polis Larkin.

“Hasil siasatan, kanak-kanak tersebut berkata dirinya telah pergi ke lokasi kejadian dengan berjalan kaki seorang diri tanpa memaklumkan ibunya yang sedang berpantang terlebih dahulu.

“Bapanya pula sedang bekerja di Singapura maka ibunya sahaja yang menjaganya buat masa ini.

“Pemeriksaan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut mendapati tiada sebarang tanda-tanda kecederaan atau penderaan serta tiada berlaku unsur-unsur pengabaian oleh penjaganya,” katanya dalam kenyataan.

Raub turut berkata, siasatan polis mendapati kanak-kanak tersebut tinggal bersama keluarganya di kawasan perumahan Taman Tasik Lagenda, Johor Bahru yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian.

Selepas proses dokumentasi selesai dijalankan, kanak-kanak tersebut telah diserahkan semula kepada pangkuan keluarganya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat