Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto pada Khamis.
Ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari Prabowo ke Malaysia dan beliau telah tiba di Perdana Putra pada pukul 9 pagi.
Ia juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.
“Momen ini kami gunakan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing dan hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia,” kata Anwar menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Tambah Anwar, perjalanan karier politik beliau dan Presiden Indonesia itu hampir sama apabila diuji dengan pelbagai cabaran sebelum dilantik juga menjadi topik perbincangan santai itu
Selain itu, Anwar turut berkongsi kisah beliau bersama dengan Prabowo sewaktu beliau melanjutkan pelajaran dan pendidikan menengah di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur.
Saya sempat titipkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prabowo yang bakal dilantik sebagai Presiden Indonesia Kelapan.
Anwar turut mendoakan semoga hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia terus erat dan diperkukuh demi kebaikan bersama di masa hadapan.
Baca juga: