Program Jualan Rahmah Aidilfitri di 302 lokasi seluruh negara

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan Program Jualan Rahmah (PJR) di 302 lokasi di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 4 hingga 9 April depan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, PJR Aidilfitri melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga sebanyank 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.

“PJR kali ini turut melibatkan jualan barangan asas yang diperlukan pada setiap sambutan Hari Raya Aidilfitri termasuk ayam, daging lembu, beras dan rempah-ratus.

“inisiatif ini dilaksanakan untuk memperluaskan lagi Agenda Payung Rahmah MADANI selepas penganjuran PJR edisi Ramadan yang diadakan di lebih 452 lokasi seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, PJR yang dilaksanakan pada bulan Ramadan pada 12 Mac hingga 3 April sebelum ini melepasi sasaran awal sebanyak 450 siri yang dilaksanakan.

Inisiatif itu merupakan salah satu usaha KPDN di bawah Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan kos sara hidup yang membelenggu rakyat dengan penjualan barangan asas dengan harga yang lebih murah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat