Seorang cedera ringan, 2 parah dalam kemalangan di Jalan Loke Yew

Tiga individu cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Viva Home Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Abdul Manas Abdul Wahab, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Jalan Hang Tuah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat iaitu seorang lelaki mengalami cedera ringan, manakala, seorang wanita dan seorang lagi lelaki mengalami cedera parah dan tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan Bomba dan kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan dan tindakan selanjutnya.

Usaha menyelamat tersebut melibatkan dua jentera FRT dan satu EMRS.

Baca juga: