Tindakan Sepanyol yang bersedia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dijangka bakal mencetuskan menarik perhatian negara Barat dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengambil pendekatan serupa.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mendedahkan hasratnya untuk mengiktiraf Palestin semasa menghadiri sesi lawatan rasmi ke Jordan, Qatar, dan Arab Saudi.
Katanya, Sepanyol akan berbuat demikian menjelang Julai tahun ini.
Menurut laporan media tempatan, China Daily, Sanchez berkata, agenda tersebut akan diputuskan menjelang Pilihan Raya Parlimen Eropah pada awal Jun depan, di samping mengetengahkan perbahasan berterusan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Sepanyol akan memberikan pengiktirafan kepada rakyat Palestin menjelang Julai dan kami turut percaya Kesatuan Eropah dan beberapa anggota negara lain turut akan mengikut keputusan yang sama,” katanya.
Mesyuarat Majlis Eropah pada 22 Mac lalu, Sanchez berkata, beliau bersetuju dengan pemimpin Ireland, Malta dan Slovenia untuk ‘mengambil langkah pertama’ ke arah mengiktiraf negara yang diisytiharkan oleh rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki Israel.
Untuk info, sejak 1988 sebanyak 139 daripada 193 negara anggota PBB sudah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Baca juga: