Menggayakan busana tradisional seperti baju Melayu atau baju kurung, sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu ketika merayakan Aidilfitri.
Berbeza dengan wanita, pelbagai pilihan corak, warna dan rekaan mudah untuk didapati. Perkara itu secara tidak langsung memberi peluang buat kaum Hawa untuk membuat pilihan.
Namun, berbeza dengan kaum Adam yang boleh dikatakan pilihan gaya baju Melayu itu terhad kepada cekak musang atau teluk belanga.
Bagaimanapun, situasi itu tidak membataskan mereka untuk tampil bergaya sepanjang Aidilfitri sekali gus tetap kelihatan bergaya di pagi Syawal.
Justeru, berikut antara rekaan dan pilihan rona yang sesuai untuk disarungkan di tubuh pada Hari Raya Aidilfitri ini;
Cekak musang
Baju Melayu moden lelaki jenis cekak musang pasti membuatkan si pemakai kelihatan bergaya dan kemas.
Baju Melayu cekak musang itu diperbuat daripada bahan 100 peratus poliester yang lebih baik daripada kapas kerana bahan ini lebih tahan lama, tahan kedut dan bernafas pada kulit.
Perincian baju raya lelaki yang bergaya dengan kolar cekak musang dan tiga poket termasuk dua di bawah dan satu di bahagian atas dada kiri dan lima butang di dalam plaket.
Selain itu, baju Melayu jenis slim fit juga mampu mencairkan hati para wanita kerana jahitannya yang kemas mengikut bentuk badan.
Potongan slim fit yang sangat sesuai untuk para lelaki yang berbadan sederhana dan bajunya mempunyai butang eksklusif, poket kecil dan zip disisi.
Fabrik yang digunakan terhasil dari bahan Abloh Crepe yang berkualiti tinggi dan tidak panas bila dipakai serta mudah digosok sesuai untuk suami atau anak bujang, biar nampak lagi kacak dan bergaya.
Teluk belanga
Sementara itu, zaman sekarang agak sukar untuk mencari baju Melayu yang masih mengekalkan elemen tradisional namun harus diingat masih ramai lagi yang mementingkan aspek tradisi di hari raya iaitu masih ramai yang mengenakan baju melayu Johor jenis teluk belanga.
Walaupun baju Melayu ini rekaan asal dari Johor, tetapi tidak terhad hanya warga negeri itu saja untuk memakainya.
Pada bahagian leher sangat selesa dipakai berbanding cekak musang. Butangnya pula sudah siap dijahit sekali pada baju berbanding cekak musang yang memerlukan untuk membeli secara berasingan.
Baju raya ini menggunakan fabrik Premium Japan Cotton yang selesa, lembut dan tidak panas apabila dipakai serta mudah di gosok, ia juga turut diberi sentuhan warna yang menarik dan moden.
Baca juga: