Sambutan Lebaran tahun ini berbeza bagi keluarga Abby Abadi dan bekas suami, Norman Hakim apabila anak perempuannya, Marissa Dania meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama suami, Aslam.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan,47, berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim datang ke rumahnya bersama Aslam.
Malah, Abby menyifatkan kedatangan bulan Syawal kali ini sebagai peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu.
“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.
“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” tulisnya di Instagram.
Menerusi video tersebut, setibanya Marissa dan Aslam di luar pintu rumah, mereka disambut oleh Memey Suhaiza dan Danish Hakim.
Marissa dan Aslam kemudiannya bersalaman serta berpelukan dengan Abby.
Difahamkan, sambutan Aidilfitri itu turut diraikan serentak dengan majlis ulang tahun kelahiran anak Abby iaitu Darda.
Rata-rata ruangan komen tersentuh hati dan sebak dengan keterbukaan Abby untuk menerima semua ujian berkenaan.
Malah, ramai turut memuji sifat berlapang dada Abby yang reda menerima dengan baik menantunya itu.
“Syukur alhamdulillah, semuanya kembali jernih,” kata Sufian Azim.
“Semoga semuanya baik-baik dan syukur mereka sekeluarga berbaik sahaja,” kata Ahmad Ali.
Terdahulu, Abby mengesahkan anak keduanya hasil perkahwinan bersama bekas itu mendirikan rumah tangga di Thailand pada Disember tahun lalu.
Baca juga: