MCMC siasat video tular fitnah penjawat awam

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghubungi pengendali media sosial MyNewsHub bagi merakam kenyataan melibatkan sebuah video tular di akaun terbabit yang didakwa memanipulasi dan menjatuhkan imej kakitangan awam.

Menerusi kenyataan MCMC, pihak mereka telah menghubungi pihak yang bertanggungjawab untuk dirakam percakapan atas tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama hingga mengakibatkan kekeliruan.

Tambahan lagi, tajuk video tersebut yang dinamakan ‘Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu dengan KSN!!’ turut menunjukkan niat memburukkan kakitangan awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut mengeluarkan kenyataan mengenai video berkenaan, menyatakan bahawa video lama tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan pesalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun juga disabit kesalahan.

Dalam pada itu, MCMC turut menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih di platform digital untuk mengelakkan kekeliruan pengguna media sosial.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat