Dakwa muka seiras, netizen tinggalkan komen ’sweet’ pada gambar Syed Saddiq dengan Bella Astillah 

Perkongsian gambar ahli politik Syed Saddiq bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menuai perhatian warga maya di Instagram. 

Menerusi gambar tersebut, kelihatan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) itu mengenakan baju Melayu berwarna hitam, manakala Bella kelihatan ayu menyarung busana tradisional berona kuning muda. 

Tanpa menunggu lama, gambar yang dimuat naik pada Ahad itu terus mendapat perhatian masyarakat. 

Meskipun prosiding penceraian antara Bella dan suaminya, Aliff Aziz belum selesai, namun warga maya ramai yang meninggalkan komen ’sweet’ pada gambar tersebut.

“Sesuai YB. Saya sebagai warga Muo (Muar) bersetuju,” kata Syierarosli. 

“Saya mewakili netizen Malaysia, sebulat suara kami merestui hubungan ini,” kata eyka_icha. 

“Muka ada iras-iras selalunya jodoh,” kata faisalfanss. 

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menitipkan pesan buat Bella yang mengharapkan agar ibu kepada dua cahaya mata itu cekal mengharungi dugaan. 

“Kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” katanya. 

Sebelum ini Bella telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 4 April bagi proses permohonan cerai. 

Bagaimanapun, Aliff enggan menceraikan isterinya dan mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk prosiding berhubung lantikan jawatankuasa pendamai (JKP) pada 4 Jun depan.

Aliff yang juga anak kelahiran Singapura mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Terdahulu, Aliff ditangkap khalwat dengan pelakon, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kediamanya yang terletak di kawasan elit Kuala Lumpur. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat