Serangan Iran ke atas Israel dipercayai berpunca daripada sifat tidak berperikemanusiaan pemimpin zionis yang terus melancarkan perang ke arah Palestin dan tidak menghiraukan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).
Jelas wakil Iran, pihaknya mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan Konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu.
Perkara itu berlandaskan Artikel 51 Piagam PBB.
Wakil Iran turut memberikan amaran kepada rakan sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat agar tidak ikut campur dalam konflik tersebut.
Serangan tersebut dimulakan dengan operasi pelancarkan dron dan peluru berpandu secara besar-besaran ke atas Israel.
Susulan kejadian itu, duta Israel, Gilad Erdan meminta PBB untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi mengecam serangan Iran.
Gilad Erdan mengemukan permohonan kepada pengerusi UNSC Malta, untuk mendesak mensyuarat diadakan segera bagi membolehkan tindakan melabel Tentera Revolusi Iran (IRGC) sebagai organisasi pengganas.
Baca juga: