Op Selamat catat 12 kematian, 1,512 kemalangan pada hari ke-6

Sebanyak 12 kematian akibat kemalangan jalan raya yang dilaporkan menerusi Op Selamat ke-22 yang sudah dijalankan pada hari keenam.

Jumlah kemalangan maut berkurang berbanding 15 kematian yang direkodkan pada hari kelima op berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui infografik yang dikongsi melalui Facebook pada Ahad memaklumkan sejumlah 1,512 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada Sabtu.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan ditetapkan, selain memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Terdahulu, media melaporkan PDRM akan melaksanakan penguatkuasaan Op Selamat ke-22 dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ bermula 8 hingga 13 April di seluruh negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat