Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bakal melaksanakan kutipan bayaran tempat letak kereta di lokasi baharu berkuat kuasa 2 Mei depan.
Bayaran tersebut selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Seremban) 1994 dan Perintah Lalulintas Jalan 2002 yang telah diwartakan.
Bagi tujuan penyeragaman sistem, penggunaan Aplikasi Flexi Parking, Aplikasi Setel dan TouchNGo eDompet (eWallet) boleh digunakan meliputi kawasan parkir di kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban termasuk kawasan Nilai dan Seremban.
Dalam pada itu, waktu operasi bayaran tempat letak kereta bermula Isnin hingga Jumaat, pukul 8 pagi hingga 5 petang tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan kelepasan Am.
Penggunaan kupon gores dan pamer akan ditamatkan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025 di kawasan Seremban dan Nilai.
Bagaimanapun, kupon sedia ada yang telah dibeli oleh orang awam masih boleh digunakan sehingga tamat tempoh kupon tersebut iiatu sehingga 31 Disember 2024.
Pihak majlis bberharap agar penggunaan tempat letak kereta di kawasan tersebut lebih baik dan teratur.
Majlis juga meminta agar warga bandar raya Seremban yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Unit Letak Kereta di talian 06-7654782 / 4761 / 4789 atau mengemukakan pertanyaan atau cadangan atau aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MBS menerusi pautan mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma Aplikasi Respon Rakyat.
Antara lokasi parkir yang terlibat ialah Bandar Prima Senawang (440 petak), Pusat Perniagaan Lavender (552 petak), Pusat Perniagaan Ixora (172 petak), Pusat Bandar Senawang (914 petak), Rasah Prima (253 petak), Era Square (437 petak) dan Medan Perniagaan Kepayang (678 petak).
Selain itu, Dataran Centrio (1027 petak), Uptown Avenue (1011 petak) dan Nilai Square (132 petak)
Baca juga: