354 kes kemalangan direkodkan sepanjang Op Selamat 22 di Sarawak

Sebanyak 354 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Sarawak pada Op Selamat 22/2024 yang berjalan selama enam hari, menunjukkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus daripada Op Selamat yang lalu.

Pesuruhjaya Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Komisioner Datuk Mancha Ata berkata punca peningkatan jumlah kemalangan adalah kerana kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri yang gagal mengawal kenderaan semasa memandu.

“Pemandu juga memandu melebihi had laju hingga mengakibatkan terbabas, bertembung depan dengan depan, cuai semasa keluar simpang dan langgar belakang.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan 8,804 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas, menunjukkan peningkatan sebanyak 491.7 peratus pengeluaran saman berbanding yang lalu,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mancha berkata, peningkatan jumlah tersebut yang agak signifikan adalah kerana pihak PDRM telah melaksanakan penguatkuasaan secara ‘total enforcement‘ dan penguatkuasaan secara bersasar terhadap kesalahan yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Secara keseluruhannya, Op Selamat 22/2024 PDRM Kontinjen Sarawak telah berjaya merangka strategi merangkumi Op Lancar dan ‘Omnipressense, Show of Force, Enforcement by Objective‘ serta advokasi nilai murni.

Strategi tersebut adalah untuk memastikan respon penyuaraian aliran trafik dijalankan selain memantau trend lalu lintas di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat