Amanah puji kejayaan Kerajaan Madani urus bekalan makanan mentah dalam negara

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah mengiktiraf kejayaan kerajaan Madani, khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memastikan bekalan makanan mentah mencukupi di bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Kedah, Firdaus Shater berkata, kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan mengimport telur bagi mencukupkan bekalan dalam negara disamping beberapa intervensi dan libat urus dengan pemegang taruh telah dijalankan bagi mengatasi gangguan tersebut.

“Dengan komitmen yang tinggi dari Datuk Seri Mohamad Sabu, bekalan ayam, telur ayam dan daging cukup sepanjang tahun 2023 dan sehingga April 2024 walaupun Kerajaan telah menamatkan kawalan harga dan subsidi ayam.

“Lebih membanggakan adalah bekalan ketiga-tiga produk ini juga turut banyak di pasaran dan dijual pada harga yang murah ketika musim perayaan lebih-lebih lagi ketika Ramadan dan Syawal,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Firdaus mewakili Amanah Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada menteri, KPKM, Kerajaan Perpaduan dan seluruh rantaian yang terlibat di atas komitmen yang tinggi dalam menyediakan sumber makanan buat rakyat pada harga yang mampu milik.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat