Kementerian Kerajaan Madani pada masa ini sedang giat menjalankan sesi libat urus bersama pemegang taruh dalam usaha mengenal pasti golongan sasar menerusi Mesyuarat Skim Kawalan Subsidi (SKD) 2.0.
Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu secara atas talian di Wisma Tani, Putrajaya pada Selasa.
“Golongan yang disasarkan dikhususkan kepada sektor tanaman, ternakan, perikanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian yang akan terlibat dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
“KPKM sentiasa menyokong hasrat kerajaan alam usaha untuk melaksanakan penyaluran subsidi secara bersasar dan turut berpandangan penelitian secara terperincian perlu dilaksanakan.
“Ia adalah untuk memastikan subsidi tersebut disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya serta pada masa yang sama turut memastikan peruntukan kerajaan dapat dibelanjakan secara efisien,” katanya menerusi kenyataan.
Kementerian yang turut hadir pada mesyuarat tersebut secara atas talian ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Baca juga: